widgeo.net

Thursday, 29 December 2011

ANDAINYA LELAKI TAHU......

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda


* entry neh bukan dari aku.. aku tak reti nak post link mcm depa duk buat tue.. so copy paste sebab ayat dia memang best.. nanti nak balas balek andai perempuan itu tahu lak.. hoho

Read more: http://www.sentuhanmaya.com/2011/03/andai-lelaki-tahu.html#ixzz1hvRD8foT

BUAH DELIMA

Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html#ixzz1hvOEC0sr

OST Ombak Rindu : Lirik Lagu Lara Lagi - Adira

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/12/ost-ombak-rindu-lirik-lagu-lara-lagi.html#ixzz1hvIrrJmB

penyakit anemia

Penyakit Anemia
Anemia atau lebih dikenal masyarakat sebagai penyakit kurang darah, lazimnya sering dialami kebanyakan wanita dan remaja perempuan. Masalah kekurangan darah sering dilihat hanya sebagai penyakit ringan.

Bagaimanapun, apabila ini berlaku ia tidak harus dipandang remeh kerana keadaan berkenaan berpotensi menjejaskan sistem imun setiap wanita yang mengalaminya. Anemia akan menyebabkan seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta mengantuk manakala bagi yang masih belajar, khususnya remaja perempuan akan mengalami kurang daya tumpu dalam pelajaran.

Wanita dan remaja perempuan lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Dalam sehari, setiap wanita akan kehilangan kira-kira satu hingga dua miligram (mg) zat besi melalui perkumuhan secara normal. Ketika kedatangan haid, misalnya, kehilangan zat besi boleh bertambah hingga satu mg lagi.

Umumnya, apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum.

Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Umumnya, setiap wanita ataupun remaja perempuan yang mengalami anemia, tidak akan sama antara satu dengan orang lain sebab berdasarkan jenis anemia dialami. Tetapi anemia boleh dikesan apabila ada tanda seperti pucat terutama di bibir dan kelopak mata, sering lesu dan mengantuk, mudah berdebar-debar, bentuk kuku berubah, rambut mudah gugur atau putus serta kerap pening atau pitam.

Bagi wanita hamil khususnya, anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan tumpah darah semasa dan selepas bersalin, tekanan darah tinggi (eklampsia), keguguran dan kematian. Malah, anemia juga bahaya kepada bayi yang dikandung kerana boleh menyebabkan kematian janin, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kelahiran bayi kurang berat badan. Justeru, keperluan zat besi pada wanita juga meningkat saat kehamilan dan melahirkan. Ketika hamil, seorang ibu tidak saja dituntut memenuhi keperluan zat besi untuk dirinya, tetapi juga harus memenuhi keperluan zat besi untuk pertumbuhan janinnya.

Selain itu, perdarahan saat melahirkan juga dapat menyebabkan seorang ibu kehilangan lebih banyak lagi zat besi. Dengan alasan itulah, setiap ibu hamil disarankan mengambil zat besi tambahan.

Anemia boleh dicegah dengan mengambil kandungan zat besi. Banyak jenis makanan yang mengandungi zat besi. Beberapa makanan seperti hati, jantung, limpa, kuning telur, kerang, kekacang dan buah-buahan kering tertentu mengandungi zat besi dalam kadar cukup tinggi.

Zat besi dalam jumlah sederhana pula boleh diperoleh daripada daging, ikan, sayuran berwarna hijau seperti pegaga, pucuk paku, bayam, kailan dan bijirin.

Sumber zat besi daripada haiwan akan diserap lebih baik oleh tubuh daripada yang berasal daripada tumbuhtumbuhan. Bagi mengatasi masalah anemia, sebaik-baiknya perlu makan sekurang-kurangnya satu jenis makanan dari sumber haiwan yang kaya zat besi setiap hari.

Penyerapan zat besi dapat dibantu dengan mengambil vitamin C, misalnya meminum jus, buah-buahan dan sayuran lainnya, sebaliknya teh, kopi, susu, minuman berkarbonat, bercoklat mengandungi bahan yang dapat menghambat atau menghalang penyerapan zat besi.

Jika ingin mengambil makanan atau minuman seumpama itu, pastikan diambil waktu makan utama atau sekurang-kurangnya satu hingga dua jam sebelum waktu makan. Bagi remaja pula perlu minum satu atau dua gelas susu sehari untuk mendapat cukup kalsium. Jadi, minumlah susu segar atau susu tepung di antara waktu makan utama seperti semasa minum pagi, minum petang dan minum malam.

Pengamal vegetarian pula, perlu mengambil makanan daripada kombinasi beberapa jenis kekacang seperti kacang hijau, kacang soya dan kacang dal bersama makanan atau minuman yang tinggi kandungan vitamin C. Selain meningkatkan lagi pengambilan sayur-sayuran hijau, perlu juga makan pil hematinik mengikut arahan doktor.

Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan

Berapa banyak satu sajian?

Susu dan produk tenusu

1 keping keju atau

1 gelas susu rendah lemak

atau 2/3 cawan susu sejat atau

4 sudu makan susu tepung

Ikan, ayam, daging dan kekacang

1 ketul kepak ayam atau

1 ekor ikan kembung atau

2 ketul daging tanpa lemak (7.5 cm x 9.0cm 0.5) atau

2 ketul hati ayam atau

1 cawan isi kerang atau

2 ekor sotong atau

2/3 cawan ikan bilis tanpa kepala atau

2 keping tempe/tauhu atau

2 biji telur atau

1 cawang kacang kuda/dal atau

1 cawan kekacang kering/panggang

Sayur-sayuran dan buah-buahan

Buah

1/2 biji jambu batu/pir atau

1 potong betik/nanas/tembikai atau

1 biji epal/lai/mangga/ciku atau

4 biji prun atau

1 sudu makan kismis

Sayur

1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batang dimasak atau

1/2 cawan sayur-sayuran berbuah (dimasak) atau

1 cawan ulam

Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin

2 senduk/1 cawan nasi atau

2 keping roti atau

2 keping roti bijirin penuh atau

1/12 cawan bihun direndam atau

2 cawan bubur nasi atau

1 cawan keledek/keladi/ubi kayu atau 6 keping biskut krim kraker atau

2 biji ubi kentang atau

2 keping putu mayang

Sumber: Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2011/12/penyakit-anemiapenyakit-kurang-darah.html#ixzz1hvF7w2N5
<a href="http://says.my/imanizzaimah/LiveGreen"><img alt="Standalone10mm" src="http://ys-production.s3.amazonaws.com/promotional_kits/36/banners/large/standalone10mm.jpg" /></a><a href="http://www.says.my">Join SAYS.my</a>

Keep Your Promise

Keep Your Promise: The 8 Millenium Development Goals (MDG) with a target date of 2015 calls for immediate action and participation.

Eradicate Extreme Poverty and Hunger
Achieve Universal Primary Education
Promote Gender Equality and Empower Women
Reduce Child Mortality
Improve Maternal Health
Combat HIV/AIDS, Malaria and other Diseases
Ensure Environment Sustainability
Develop a Global Partnership for Development

With little time to spare, awareness is the key to the start up of a big action with small combined efforts.YOUR effort!
The focus on the MDG 5 - Improve Maternal Health to raise awareness in Ireland has sparked a global instinct to take action and place human right actions where it should be - in the press!
With a video, part of ASK’s Keep Your Promise campaign, Irish youth leaders share important facts about Maternal and Reproductive Health.
Pregnancy and childbirth related deaths are the number one killers of girls aged 15 – 19 in low-income countries - one of the many facts that young people are not aware of.
Get yourself in touch with global issues and stop living in ignorance.
Check out the video below and don't forget to sign the declaration on :http://www.facebook.com/KeepYourPromise?v=info#!/KeepYourPromise?v=wall

Wednesday, 28 December 2011

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

The best way to get a 46” LED TV or Mac vouchers is by making someone smile :)

The best way to get a 46” LED TV or Mac vouchers is by making someone smile :): Share messages and brighten up someone's day! Tokens received every time you share and whenever someone receives your message gives you a chance win amazing prizes like tablets, laptops, smartphones and much much more! 'Like' CIMB Malaysia and hit the 'Brighter Days' tab to get started!

bluetooth 2

Bluetooth adalah spesifikasi tanpa wayar yang menyampaikan komunikasi radio jarak pendek antara peranti elektronik yang dilengkapi dengan cip Bluetooth khusus. Ia membolehkan hampir semua peranti bercakap antara satu sama lain dengan mewujudkan satu bahasa yang sama antara mereka. Semua peranti seperti telefon bimbit, PDA, alat kelui, stereo, dan peralatan rumah yang lain boleh berkomunikasi dan menyambung menggunakan teknologi Bluetooth untuk membentuk peribadi, rangkaian kawasan peribadi (PAN).
Standard spesifikasi Bluetooth mentakrifkan jarak dekat (10 meter) link radio. Peranti yang membawa cip yang dibolehkan Bluetooth-mudah boleh memindahkan data pada kadar kira-kira 720 Kbps (kilobits sesaat) dalam tempoh 10 meter (33 kaki) pelbagai melalui dinding, beg pakaian dan barang-barang. Interaksi antara peranti yang berlaku dengan sendirinya tanpa campur tangan manusia secara langsung apabila mereka berada dalam julat antara satu sama lain. Dalam proses ini, teknologi perisian yang tertanam dalam cip Bluetooth transceiver mencetuskan sambungan automatik untuk menyampaikan dan menerima aliran data.
Setiap Bluetooth-enabled peranti mengandungi cip operasi 1.5-inci transceiver persegi di ISM (perindustrian, saintifik, dan perubatan) frekuensi radio band GHz 2,40 2,48 GHz. Kekerapan ini secara umumnya di seluruh dunia boleh didapati secara percuma tanpa apa-apa sekatan pelesenan. Jalur ISM dibahagikan kepada 79 saluran dengan setiap membawa lebar jalur 1 MHz.
Apabila peranti yang membawa teknologi Bluetooth dalam julat antara satu sama lain, mereka membuat PAN automatik ad hoc (rangkaian kawasan peribadi) yang dikenali sebagai "piconet" atau rangkaian pico. Dalam pengaturan ini, salah satu perbuatan peranti sebagai "tuan" seperti komputer riba atau PDA, manakala peranti lain berfungsi sebagai "hamba" seperti pencetak, pengimbas, dan sebagainya. Rangkaian pico biasanya membawa sehingga lapan peranti. Peranti yang lebih canggih pasti akan menguasai memutuskan jika perkhidmatan komunikasi tertentu yang diperlukan dari alat seorang hamba.
Satu bentuk scatternet jika peranti daripada satu rangkaian pico juga bertindak sebagai ahli rangkaian pico lain. Dalam skim ini, peranti yang menjadi induk dalam satu rangkaian pico pada masa yang sama boleh menjadi hamba dalam satu lagi.
Oleh kerana aspek gelombang radio, pakar takutkan kebimbangan keselamatan dengan Bluetooth. Isu ini boleh ditangani dengan tiga aspek: urutan tertentu saluran melompat yang hanya diketahui oleh peranti yang menghantar dan menerima sambutan rutin pengesahan cabaran untuk mengesahkan kesahihan unit penerima, dan standard 128-bit utama bagi menjamin penghantaran data antara peranti .
Seni bina protokol Bluetooth boleh ditakrifkan oleh beberapa lapisan. Lapisan protokol yang berlainan: Radio, jalur asas, Pengurus Link Protocol (LMP), Host Controller Interface (HCI), Link Kawalan Logik dan Protokol Adaptasi (L2CAP), RFCOMM Protokol, dan Perkhidmatan Discovery Protocol (SDP). Lapisan ini adalah serupa dengan model OSI tujuh lapisan di mana lapisan terendah yang ditakrifkan tindanan Bluetooth protokol lapisan radio, maka lapisan seterusnya adalah lapisan jalur asas, yang terletak betul-betul di atas lapisan radio dalam tindanan. Lapisan pautan kawalan dan pengurus link boleh digunakan silih berganti untuk menggariskan persamaan dan perbezaan dengan lapisan rangkaian di dalam model OSI. Lapisan kawalan link bertanggungjawab untuk discoverability pengurusan peranti, mewujudkan sambungan, dan apabila disambung, mengekalkan pelbagai pautan di udara. Lapisan rangkaian dalam model OSI melakukan laluan komputer seterusnya mesej yang perlu dihantar ke, yang merupakan peranan utama lapisan Kawalan link dalam model Bluetooth. Walau bagaimanapun, dengan model Bluetooth, apabila ia mewujudkan sambungan mengekalkan pelbagai pautan di udara.
Lapisan pengangkutan dalam model OSI boleh dibandingkan dengan pengawal hos antara muka lapisan (HCI) dalam tindanan protokol Bluetooth. Fungsi utama lapisan pengangkutan dalam model OSI adalah untuk menghubungkan perisian untuk rangkaian yang serupa dengan lapisan HCI yang berfungsi sebagai antaramuka di antara lapisan yang lebih tinggi dan lebih rendah pada peranti Bluetooth.
Kawalan pautan logik dan penyesuaian lapisan protokol (L2CAP) menyediakan sambungan antara lapisan yang lebih tinggi tindanan Bluetooth dan menghantar ke lapisan bawah timbunan. Lapisan ini adalah serupa dengan lapisan sesi yang diterangkan dalam model OSI. Lapisan sesi menyediakan pengurusan yang perlu dan data kawalan aliran, yang juga dilakukan dalam lapisan L2CAP Bluetooth. L2CAP membenarkan protokol dan permohonan peringkat lebih tinggi untuk menghantar dan menerima paket data L2CAP sehingga 64 kilobytes panjang.
Lapisan RFCOMM protokol adalah serupa dengan lapisan persembahan dalam model OSI. Lapisan persembahan dalam format model OSI data untuk dibentangkan kepada pengguna memastikan yang dipaparkan dan diformat dengan betul. Model RFCOMM tidak banyak yang sama dengan memastikan bahawa peristiwa-peristiwa data berstruktur dengan betul.
Perkhidmatan diketahui protokol (SDP) boleh dibandingkan dengan lapisan permohonan dalam model OSI. Lapisan SDP menyediakan satu cara bagi permohonan untuk mengakses maklumat daripada pelanggan SDP pelayan SDP. Sebuah peranti SDP boleh berfungsi sebagai pelanggan dan pelayan pada masa yang sama. Peranan pelayan adalah untuk menawarkan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh peranti Bluetooth yang lain dan peranan klien boleh apa-apa peranti yang ingin menggunakan perkhidmatan Kedua-dua lapisan yang bertanggungjawab untuk mengurus komunikasi antara aplikasi tuan rumah.
Seseorang boleh membuat rangkaian kawasan peribadi di rumah atau di jalan raya dengan peranti Bluetooth-dibolehkan seperti papan kekunci, tetikus, pengimbas, PDA, komputer riba, telefon sel, dan sebagainya. Rangkaian ini secara automatik boleh membantu menyegerakkan nota, kalendar, buku alamat dan juga mencetak gambar, menerima e-mel, akses mesej, telefon bimbit dan sebagainya. Ia juga boleh membantu pengguna membayar bil dengan kad kredit melalui tunai Bluetooth mendaftar jika PDA Bluetooth menyimpan maklumat kad.

bluetooth technology 1

Teknologi wayarles Bluetooth adalah satu teknologi rangkaian tanpa wayar lebar jalur rendah yang direka terutamanya untuk menggantikan kabel untuk komunikasi antara komputer peribadi atau alat-alat perhubungan. Ia bertujuan untuk digunakan bagi kedua-dua komunikasi suara dan data seperti komputer peribadi, peralatan bimbit, telefon bimbit, dan banyak peranti lain, serta akses kepada sumber-sumber rangkaian.
Nama "Bluetooth" diambil dari Raja Harald Blatand Bluetooth yang merupakan pemerintah Denmark dari 940 AD hingga 985 AD Beliau "dikreditkan untuk membawa agama Kristian ke Scandinavia bersama-sama dengan menyatukan Denmark dengan Norway".
Spesifikasi Bluetooth mentakrifkan link radio berkuasa rendah yang dioptimumkan untuk sambungan pendek jarak yang selamat, dan mentakrifkan langkah standard untuk menghubungkan pelbagai peranti. Radio Bluetooth beroperasi dalam spektrum 2.4 GHz. Setiap unit termasuk radio, pengawal jalur asas link, dan perisian untuk link dan pengurusan aliran data. Pengguna mempunyai pilihan dua kekuatan isyarat: tahap rendah kuasa dengan sehingga 10 meter dan tahap yang tinggi kuasa dengan pelbagai 100 meter untuk pusat akses.
Pada masa ini, terdapat telefon your Bluetooth, Camcorder Bluetooth, pencetak Bluetooth, Bluetooth Compact Flash Adapter, Bluetooth USB adapter, pusat akses Blueooth, Bluetooth bebas tangan Earset dan datang lagi berhampiran.
Peranti Bluetooth pada masa yang sama boleh berhubung dengan sehingga tujuh peranti lain. Hidupkan peranti Bluetooth, dan ia secara automatik akan mencari dan identi-fies peranti lain dalam julat. Apabila disambungkan kepada peranti utama dan sehingga tujuh peranti serentak, pengguna telah mewujudkan satu rangkaian peribadi.
Bluetooth direka untuk menyokong kadar data yang menyediakan lebih daripada lebar jalur yang cukup untuk model-model penggunaan yang ditetapkan.
Setiap peranti Bluetooth yang dibolehkan dikenal pasti oleh alamat Bluetooth yang unik, kata laluan, dan dinyatakan nama pengguna. Pengguna boleh mengkonfigurasi peranti Bluetooth boleh didapati kepada kumpulan terpilih atau peranti berganda dalam julat, bergantung kepada pilihan peribadi mereka. Sebagai contoh, jika pengguna mahu menyambung ke peranti Bluetooth pengguna lain, dia akan dibentangkan dengan semua nama-nama yang dinyatakan pengguna dalam liputan, jadi dia boleh memilih peranti itu sendiri.
Bluetooth akan membolehkan pengguna untuk menyambung pelbagai alat-alat komputer dan telekomunikasi dengan mudah dan cepat, tanpa perlu untuk kabel. Pengguna akan dapat mengakses penerbangan dan jadual kelas, peta tempatan, tawaran istimewa, dan banyak lagi di kawasan awam seperti sekolah, lapangan terbang, pusat membeli-belah, dan pusat-pusat pameran.
Akhirnya, teknologi wayarles Bluetooth menjadikan pekerja lebih berkesan. Selepas mesyuarat, para pengguna tidak perlu kembali ke meja mereka untuk sync pegang tangan mereka, memeriksa mesej, dan memuat turun e-mel. Pengguna boleh membuat keputusan perniagaan yang lebih dimaklumkan kerana mereka mempunyai akses kepada maklumat yang sedia ada paling up-to-date, dengan menggunakan peranti Bluetooth pelanggan mereka.

BLUETOOTH

Apakah yang dimaksudkan dengan Bluetooth ?

Bluetooth merupakan teknologi pautan tanpa wayar ( wireless ). Ia menggunakan gelombang radio bagi membolehkan peranti - peranti mudah alih seperti PDA atau laptop berkomunikasi antara satu sama lain. Penggunaannya juga boleh diperluas lagi kepada desktop dimana desktop boleh dihubungkan ke pencetak ataupun pengimbas tanpa menggunakan wayar penyambung. Konsep perangkaian ini telah di beri nama sebagai Personal Area Network atau PAN.


Dari manakah Bluetooth mendapat nama ?

Nama Bluetooth di ambil dari nama pemerintah Denmark pada kurun ke 10 Masehi, iaitu Raja Harald Blatand. Nama akhirnya iaitu Blatand, jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris menjadi Bluetooth. Raja Harald menjadi terkenal kerana kejayaannya menyatukan dan Norway disamping sifatnya yang suka mengembara ke serata dunia. Sementara itu, Bluetooth pada ketika ini, menyatukan beberapa perkakasan mudah alih seperti laptop, PDA dan telefon bimbit serta memberi kemudahan kepada para pengguna yang sentiasa bergerak dan tidak berada pada kedudukan setempat. Atas sebab - sebab cirinya menyamai sifat Raja Harald inilah maka nama teknologi ini telah diambil bersempena nama raja tersebut.


Bagaimana Bluetooth dibangunkan ?

Bluetooth telah dibangunkan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang menggunakan perkakasan mudah alih. Kajian Gartner Dataquest mendapati bahawa terdapat lebih dari 900 juta pengguna yang menggunakan pelbagai perkakasan mudah alih terutamanya laptop dan telefon bimbit dalam tempoh lima tahun dan kebanyakan urusan yang dilakukan oleh pengguna ini memerlukan penyelesaian yang pantas. Ini termasuklah pertukaran dan perkonsian maklumat seperti nombor telefon, jadual, fail - fail penting dan mungkin juga pasaran saham. Sekiranya pengguna masih mernggunakan sistem perkakasan yang konvensional seperti sedia ada ( dengan menggunakan wayar serta terpaksa pula mencari soket penyambung ) sudak tentu masa akan terbuang begitu saja dan bagi memburukkan keadaan beberapa transaksi penting tidak dapat dilakukan. Atas dasar inilah beberapa pembangun terkemuka dunia dalam bidang IT dan telekomunikasi bergabung tenaga dan kepakaran untuk mencari menyelesaian penggunaan tanpa wayar ini. Pembangun asal Bluetooth ialah Ericsson, Intel, Microsoft, IBM dan Toshiba. Kemudian, satu kumpulan yang dikenali sebagai Bluetooth Special Interest Group atau SIG telah ditubuhkan yang terdiri dari sembilan syarikat utama dalam bidang IT iaitu 3Com, Erisson, IBM, Intel, Lucent, Microsoft, Motorolla, Nokia dan Toshiba. Disamping itu terdapat 1882 syarikat yang terlibat dalam membangunkan produk yang berlandaskan teknologi Bluetooth.


Bagaimana Bluetooth berfungsi ?

Bluetooth beroperasi dalam jalur frekuensi radio disekita 2.4 GHz . Ia membolehkan transmisi data dilakukan dengan kadar 712 Kb dan julat kawasan operasi ialah di sekitar 10 meter ( 33 kaki ). Pada ketika ini, teknologi ini telah direka khusus untuk memenuhi perhubungan komunikasi antara peranti - peranti tanpa wayar. Komunikasi di antara peranti - peranti yang menggunakan Bluetooth ialah berkonsepkan peer - to - peer. Walaubagaimanapun, jika terdapat lebih dari 2 peranti yang berkomunikasi di dalam satu rangkaian yang kecil yang dikenali sebagai piconet, maka salah satu peranti tersebut akan bertindak sebagai master ( induk ) manakala yang lain menjadi slaves ( ahli ) dalam satu tempoh hubungan piconet. Ke semua peranti ini akan disinkronisasikan mengikut masa master ( induk ) dan turutan detik . Contoh penggunaan Bluetooth dalam satu piconet boleh didapati dalam satu bilik persidangan atau mesyuarat yang mengandungi beberapa laptop dan pada masa yang sama pengguna berkonsi satu pangkalan data. Dengan mensinkronisasikan masa, mana - mana pengguna boleh melihat sebarang perubahan pangkalan data tersebut menerusi laptop masing - masing. Mengikut spesifikasi Bluetooth, ia mampu menyokong sehingga 10 piconet dengan lapan peranti bagi satu piconet. Sungguhpun begitu, disebabkan adanya kekangan - kekangan pada perisian, hanya 2 piconet sahaja yang boleh disokong oleh teknologi Bluetooth pada satu - satu masa.


Bolehkah peranti Bluetooth dihubungkan ke LAN yang sedia ada ?

Peranti Bluetooth boleh dihubungkan ke LAN yang sedia ada seperti Ethernet LAN korporat menerusi satu titik akses yang terdiri daripada pemancar Bluetooth, pengawal jalur asas, litar untuk menterjemahkan data dari format Bluetooth ke Ethernet dan juga antaramuka yang menghubungkan titik akses kerangkaian LAN yang sedia ada. Pengguna dapat menikmati kemudahan yang boleh didapati dalam rangkaian LAN asalkan ia tidak terkeluar dari lingkungan titik akses tersebut.


Apakah komponen utama Bluetooth ?

Bluetooth terdiri dari empat komponen utama iaitu satu unit radio, satu unit jalur asas, ruang perisian dan perisian aplikasi Unit radio merupakan pemancar yang membolehkan perhubungan antara peranti Bluetooth dilakukan. Unit jalur asas pula merupakan satu perkakasan yang terdiri dari ingatan flash dan cip pemproses yang berantaramuka dengan unit radio.


Apakah ciri - ciri keselamatan yang terdapat pada Bluetooth ?

Terdapat 3 ciri keselamatan dan ada dalam peranti Bluetooth iaitu pertama, tanpa keselamatan di mana peranti tidak menetapkan ciri - ciri keselamatan ketika komunikasi dijalankan, kedua, keselamatan pada peringkat perkhidmatan, yang memberikan ciri - ciri fleksibel ketika capaian aplikasi dilakukan dan ketiga, keselamatan peringkat pautan di mana peranti akan menentukan prosedur keselamatan terlebih dahulu sebelum komunikasi dilakukan.


Pada ketika ini, di manakah teknologi Bluetooth boleh didapati ?

Pada masa sekarang teknologi Bluetooth digunakan dengan meluas dalam perkhidmatan telefon bimbit, percetakan tanpa wayar, PC mudah alih, alat dengar tanpa wayar, barangan elektronik seperti kamera, walkman, VCR, pen elektronik, permain muzik mudah alih dan juga industri robotik.


Apakah kebaikan dan kelemahan Bluetooth ?

Kebaikan menggunakan teknologi ini ialah sesuatu peranti itu boleh digunakan dan berkomunikasi tanpa menggunakan wayar. Ini sekali gus menjimatkan masa pengguna dengan tidak perlu memasang wayar dan juga kabel penyambung ke peranti lain.
Keburukannya pula ialah maklumat boleh dicuri oleh peranti lain dan juga mungkin terdapat gangguan gelombang bagi kawasan yang sesak. Di samping itu, tidak begitu banyak perisian dan perkakasan yang menyokong teknologi ini, mungkin kerana ia masih lagi baru digunakan.


Di manakan maklumat tentang Bluetooth didapati ?

Maklumat terperinci tentang Bluetooth boleh didapati menerusi laman web rasmi Bluetooth SIG iaitu http://www.bluetooth.com. Disini, spesifikasi, piawaian dan teknologi yang digunakan dinyatakan dengan lebih mendalam.

Sunday, 25 December 2011

WINNERS of Photo Caption Meme Contest!

WINNERS of Photo Caption Meme Contest!: About a week ago, we launched our very first SAYS.my Photo Meme Caption Contest featuring our dear Secret Hideout residents, Harimau & the oh-so-red Angry Bird. We wanted to see the wittiness we knew you all had in you & celebrate it alongside the joyous season of Christmas. So we thought, let's make it a Christmas giveaway!
So, the moment you've all been waiting for, the 10 lucky winners of the RM100 Calvin Klein Vouchers in no particular order are :
Winner 1 :
Winner 2 : Winner 3 : Winner 4 : Winner 5 : Winner 6 : Winner 7 : Winner 8 : Winner 9 : Winner 10 :
Congratulations to all winners! :)
Your Christmas gift is on it's way!
Check out the rest of the awesome caption entries here : http://on.fb.me/tU87x3

Merry Christmas everyone :D

Friday, 23 December 2011

My Story....

kehidupan yang perlu di tempuhi walaupun penuh onak dan liku. walaupun penuh ranjau dan duri,  aku bukannya berasal dari dungun ni. sebenarnya aku berasal dari tawau sabah. aku menyeberangi laut cina selatan kerana belajar di politeknik sultan mizan zainal abidin. hampir dua tahun dah aku duduk kat sini. rindunya aku kat mak aku n anak2 saudara aku yang kiut miut tu....